Wednesday, May 11, 2011

Cinta Kepada Allah Cinta Abadi...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته  

Saudara yang dirahmati Allah sekelian ,Cinta Allah, itulah yang utama. Fahamkah kita dengan apa yang kita ungkapkan cinta kepada Allah itu. Cinta sesama makhluk adakalanya membuat kita derita walaupaun ada kebahagiaan namun ia tidak salah.  Hanya cinta kepada Allah sahaja yang kekal. Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hakikatnya hanya satu dan kekal abadi iaitu cinta kepada Allah adalah cinta agung yang tiada tolok bandinganya.

Cuba kita renungi tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi  yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi  telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain. Aku akan berQiyam(beribadah waktu malam) di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain. Aku pula. Aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata. Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda  bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu. Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
 Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri. Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

Firman Allah mengenai cinta kepadanya:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah peribadi Rasulullah . Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah. Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi cinta maknusia yang  datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi .

Marilah saudara yang dirahmatiAllah sekelian kita sama-sama mengungkapkan Cinta pada Allah , luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk mendapat cinta ,reda dan kasihnya. Hiasilah cinta kita kepada Allah dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap.Cintai Allah cinta yang hakiki.


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)