Friday, September 21, 2012

Penyakit ‘aku hebat’ Dalam Diri...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
“Aku” yang pertama ialah sifat ananiyah syaitan yang mana syaitan telah mengaku tiada yang lebih hebat melainkan dia. Keengganan syaitan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana keegoaan sifat “aku” yang menyatakan dia lebih mulia dari adam kerana adam dari tanah dan dia dari api.

Jangan kita bersikap ego seperti Syaitan seperti terdapat didalam Al Quran:
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ 
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".-Al'raf 12

“Aku” yang kedua sifat keakuan yang datang dari sifat ketuhanan. Manusia selaku hamba diharamkan untuk menggunakan gelaran “aku” seumpama ini kerana ianya merupakan syirik yang besar dan menyesatkan. Inilah yang telah berlaku kepada Firaun apabila menyebut “Akulah tuhan sekelian kamu yang paling tinggi”.

Cabaran dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)

Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: “Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid.”Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan belerja, mesyuarat   menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Sabda Nabi bermaksud: “Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.

“Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya.” (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram. Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: “ala, orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu.”

Selain daripada itu, ada yang terdetik: “Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam.” Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.

Sedangkan terleka daripada firman Allah :
وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ 
 ertinya: “…dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui.” (Yusuf: 76)
Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: “Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab.” (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)

Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: “Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah.” (Zad Al-Masir, 4/262)

Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.


Kita telah berada 16 haribulan Syaaban doa yang patut kita baca dibulan Rajab ini sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah:اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي َشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا  رَمَضَانَ
“Ya Allah berkatilah kami dibulan  Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan”

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sunday, September 16, 2012

Mari Baca 2 Ayar Terakhir Surah Al BaQarah.....


السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian , mari kita melihat hadis-hadis mengenai keistimewaan membaca dimalam hari 2 ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah yang begitu besar pahala mereka yang membacanya dan ianya begitu mudah untuk diamalkan.

Rasulullah bersabda:

عَنْ أَبِى مَسْعُدٍ الْبَدْرِىِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهَ صلى الله عليه وسلم: الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Dari Abu Mas’ud al-Badri  dia berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, barang siapa membacanya di malam hari, niscaya dua ayat tersebut akan mencukupinya”. (HR. al-Bukhari no. 3786 dan Muslim no. 807 dan 808)

Hadis  ini menunjukkan keutamaan besar dua ayat tersebut dan sekaligus anjuran membacanya di malam hari, karena itu merupakan faktor terpeliharanya seorang hamba dari segala keburukan dan dipermudah memperbanyak kebaikan. (Lihat Faidhul Qadir 6/197)

Hadis ini didukung oleh hadis shahih lainnya, malaikat memberi salam dan berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Bergembiralah engkau (wahai Rasulullah) dengan dua cahaya yang diberikan (oleh Allah) kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, (yaitu) surah al-Fatihah dan penutup (dua ayat terakhir dari) surah al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu hurufpun dari keduanya kecuali (semua) akan diberikan kepadamu”. (HR. Muslim no. 806)

Beberapa faedah penting yang terkandung dalam hadits diatas:
Dua ayat terakhir itu ialahfirman  Allah عزّوجلّ:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ.

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.

Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya/Tuhanya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan Kami taat.” (mereka berdoa): “Ampunilah Kami Ya Tuhan Kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum Kami jika Kami lupa atau Kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang tak sanggup Kami memikulnya. beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir.” (QS. Al-Baqarah/2: 285-286)[1],[2]

2. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “… dua ayat tersebut akan mencukupinya” adalah mencukupkannya dari segala   keburukan   dan   kejahatan   setan,   sertamencukupkannya (memudahkannya) memperoleh banyak pahala dan kebaikan.[3]

3. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-’Asqalani  dan al-Mubarakfuri [ menukil riwayat lain dari hadis ini bahwa kedua surat ini dibaca pada malam hari setelah shalat  lsya.

4. Keutamaan besar bagi orang yang membaca dan menghayati makna dua ayat ini karena dua ayat ini mengandung unsur-unsur kekuatan keimanan, ketundukan yang utuh kepada perintah Allah عزّوجلّ, doa kebaikan, dan semua amal kebaikan dunia dan akhirat. (Lihat Faidhul Qadir 6/197) []

Saudara yang dirahmati Allah marilah kita sama -sama mengamalkanya dan mengajarkan kepada saudara-saurada yang lain untuk bersama kita menuju keredaan Allah kerana ianya begitu mudah dan ringan. Mudah-mudahan ianya akan menjadi Bonus yang sangat besar kepada kita sewaktu menemui Allah diakhirat nanti pada hari yang tidak berguna anak dan harta benda.Firman Allah 

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

di hari dimana harta dan anak pinak tidak berguna,kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih-ASyua'ra 88-89 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, September 4, 2012

Berapa Lama Solat kita ....


السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, mari kita analisa ibadah kita terutamanya solat mengikut kaedah ilmu tepat matematik. Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit. Secara keseluruhan dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari. Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun). Bayangkan, selama hidup, kita hanya meluangkan masa untuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah  dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).

Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. 
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ 
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ 
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama. Itulah orang yang menghardik anak yatim,. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,. orang-orang yang berbuat riya ,. dan enggan (menolong dengan) barang berguna .QS Al-Maun : 1-7.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian  jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu. Bertkadlah bersungguh-sungguh mulai hari ini untuk  menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh dan ibadah-ibadah sunat sebanyak mungkin. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. 

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَّحْمُوداً 
Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.Al-Israa 79

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Monday, September 3, 2012

Hati Keras Karena Jauh dari Allah......

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Allah  berfirman:
فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
“Maka celakalah bagi mereka yang keras qalbunya/hatinya dari berzikir kepada Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.” (az-Zumar: 22)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, Tidaklah Allah  memberikan hukuman yang lebih besar kepada seorang hamba selain dari kerasnya hati/qalbu dan jauhnya dari Allah . An-Naar (neraka) diciptakan untuk melembutkan qalbu/hati yang keras. Hati yang paling jauh dari Allah  adalah hati yang keras. Bila hati sudah keras, mata pun terasa seolah-olah buta . Hati yang keras disebabkan oleh empat perkara yang dilakukan melebihi keperluan, makan, tidur, berkata-kata, dan pergaulan. Sebagaimana badan kita jika dalam keadaan sakit tidak akan bermanfaat baginya makanan dan minuman, begitulah juga hati jika dijangkiti penyakit-penyakit hawa nafsu dan keinginan-keinginan jiwa yang berlebihan, maka tidak akan berguna dengan nasihat. Barang siapa hendak menyucikan hatinya maka ia mesti mengutamakan Allah lebih dari keinginan dan nafsu jiwanya. Kerana hati yang tergantung dengan hawa nafsu akan tertutup dari Allah , sesuai kadar tergantungnya jiwa dengan hawa nafsunya.

مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ 
sesiapa orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak dilihat (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan.-Qaaf 33-34

Ramai orang menyibukkan hati dengan gemerlapnya dunia semata-mata. Seandainya mereka sibukkan dengan mengingat Allah dan negeri akhirat, tentu hatinya akan menjadi lembut mentadabbur(mengamati) makna-makna Kalamullah(Al Quran) dan ayat-ayat-Nya yang jelas. Dia pun akan mendapat hikmah-hikmah yang hebat dan faedah-faedah yang indah. Jika hati dilazimi dengan berzikir dan disirami dengan berpikir serta dibersihkan dari kerusakan, ia pasti akan menjadi lembut dan tawadhuk merendah diri.
Tidak semua orang walaupun yang  berilmu  akan mendapat anugerah ini. Kecuali jika mereka menghidupkan hati dan mengawal hawa nafsunya. Adapun mereka yang membunuh hatinya dengan mengikut kehendak hawa nafsunya, akan terus lalai.

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.-Ar-Ra'd-28

Rapuhnya hati adalah karena lalai dan merasa aman. Sedangkan makmurnya hati adalah karena takut kepada Allah  dan zikir kepada Allah dan mengingatinya. Kerinduan bertemu Allah adalah angin sepoi  yang menerpa hati. . Barang siapa  yang menempatkan hatinya di sisi Rabb-nya(tuhanya), ia akan merasa tenang dan tenteram. Barang siapa  yang melepaskan hatinya di antara manusia, ia akan semakin resah. Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah   tidaklah akan masuk ke dalam hati yang mencintai kehiduapan dunia secara berlebihan, melainkan seperti masuknya unta ke lubang jarum (sesuatu yang sangat mustahil).

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, marilah kita pimpim hati kita untuk sentiasa mengingati Allah  .Jika Allah  cinta kepada seorang hamba, maka Allah akan memilih dia untuk diri-Nya sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya. Allah juga akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu  akan menyibukkan harapannya hanya kepada Allah . Lisannya/lidahnya  senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya sentiasa digunakan untuk berkhidmat kepada-Nya.
Hati boleh sakit sebagaimana sakitnya badan dan ubatnya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Hati pun boleh berkarat sebagaimana cermin, dan cemerlangnya adalah dengan berzikir dan mengingatinya . Hati pun boleh  telanjang sebagaimana badan, dan pakaian keindahannya adalah takwa. Hati pun boleh lapar dan dahaga sebagaimana badan, maka makanan dan minumannya adalah mengenal Allah , cinta, tawakal, bertaubat, dan berkhidmat untuk-Nya. Mari kita semua berdoa semoga hati-hati dan jiwa kita semua akan dipangggil Allah dihari pembalasan sebagai jamaah hamba-hambanya sebagaimana firmanya:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي 
Hai jiwa/hati yang tenang,Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. Al Fajr 27-30

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)