Monday, February 25, 2013

Baitul-Ateeq-keajaiban-dunia-yang-terunggul-sepanjang-zaman

MAKKAH aL MUKARRAMAH -  Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.


Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.
Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.
Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.
Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.
Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.
Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.
Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.
Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.
Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.
Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.
Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.
Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.


Sunday, February 3, 2013

Aqiqah, BBQ dan Roast Lamb Kuala Lumpur

Price: RM 1100


hubungi saya chefRy 012-2588436
tempahan untuk :

Aqiqah | Kenduri Kahwin | Doa Selamat | Rumah Terbuka | Korporat | Persendirian

SET STANDARD - RM1100 & SET AQIQAH - RM1450
1 ekor kambing
2 jenis Sos – Black Pepper & Mint
1 Green Garden Salad & Salad Dressing
1 set Garlic Bread
1 Chef with fully uniform will cook & serve

Salam Pengenalan dan Tahniah……….Assalamualaikum
• Adakah anda masih mencari-cari menu istimewa untuk majlis anda?
• Ingin kelainan dalam menu yang di sajikan?
• Pernah rasa dan dengar mengenai kambing bakar koboi?

warongKoboi merupakan syarikat yang berasaskan ternakan dan katering masakan
yang telah bertapak di Selangor lebih dari sepuluh tahun. Dari masa ke semasa
kami sentiasa mencari dan memberikan produk dan masakan yang terbaik kepada
rakyat Malaysia. Sejak lima tahun ini kami telah memasarkan satu masakan
berbaru yang di berasaskan Kambing yang di panggil Kambing Bakar Koboi.
Berbeza dengan yang lain, kami menternak sendiri kambing-kambing ini dengan
menjamunya dengan rumput napiah segar serta soya yang berprotien tinggi..untuk
menghasilkan daging yang berkualiti..
• Jika anda takut makan kambing disebabkan baunya… Jangan risau lagi…
Kami telah berjaya mengatasinya dengan perapan rempah ratus yang sempurna yang
menghasilkan aroma yang mengiurkan bila di panggang di atas api..dan dihidang
panas2, Kambing bakar ini di sajikan dengan tiga rangkaian sos yang terpilih
yang di masak sendiri oleh chef kita yang telah berpengalaman lebih 15 tahun
dalam bidang masakan. Kambing bakar ini di sajikan dengan Sos BBQ, Sos
Black Pepper dan Sos fresh Pudina, pilihan menu sampingan juga jangan di lupakan seperti
Coleslaw, Mushroom Sup dan Garlic Bread, Mash Potato dan pelbagai lagi mengikut
selera kita.   Emm…………… pasti tetamu yang datang akan teringat majlis kita sampai
bila-bila..
Percayalah dengan perkhidmatan dan sajian kami,  kami berjanji akan memberi
layanan yang terbaik, kerana kita mempunyai pekerja yang berpengalaman.   Jika
anda berani dan berminat boleh terus menghubungi kami.   Kami sedia
berkhidmat… dengan harga yang Terbaik!!!
Koboi Roast Lamb, Best in Town…………PEERRRRRGHHH, cuba La
Hubungi :  chefRy  012-2588436 / 012-2318436

 PRICE :  RM 11



BBQ Lamb Chop - BBQ Kambing Panggang 
* Siap diperap & Daging Beku * 
* Kepuasan dijamin *

Mencari makanan yang lazat untuk memeriahkan jamuan dan majlis
istemewa ?  Pasti menyelerakan !  Kepakaran kami di KOBOI BBQ
adalah BBQ Lamb / BBQ Kambing Panggang. Cubalah resepi istimewa kami 
iaitu “ Spicy BBQ Daging Kambing ” yang diperap dengan ramuan rahsia.
Enak, Lazat dan boleh dimakan begitu sahaja TANPA sos mint.
Rasa sekali pasti nak lagi. 

01. Setiap keping BBQ Daging Kambing kami dibungkus dengan beg plastik zipper untuk mengawal sebarang kebocoran.
02. Daging Kambing NZ yang segar.
03. Boleh tahan disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.
04. Tiada bahan pengawet.
05. Untuk kualiti terbaik, makan dalam 2 minggu.
06. Jangan menanggalkan pembungkusan apabila nyahfros lamb.
07. Daging akan nyahfros dalam kurang daripada 15 minit.
08. Masak sebaik sahaja selepas nyahfros.
09. Untuk rasa yang lebih enak, gunakan GRIL BBQ ARANG.
10. Tempahan perlu dilakukan 5 hari lebih awal.

Harga : RM 10.00 sekeping
Kuantiti Minimum : 30 keping 
( KL / Selangor sahaja )

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami,
chefRy  012-2588436
E-mail : kgsolok@gmail.com