Saturday, July 16, 2011

BILA PADERI TERPAKSA BUKA RAHSIA??????


Hayati kandungannya..

Bismillahirrahmanirrahim.
 

Artikel ni agak  panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah...  
 

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia 


Ada seorang pemuda  Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah  salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan  dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.  Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan  mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah  masuk Islam.
 

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah  perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di  kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.  Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi  permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku  dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka  serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat  itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,  'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab  itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu  berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya  paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin  keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu,  pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang  Muslim?'Paderi itu  menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak  hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan  mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan  sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat  tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan  dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,  'Silakan!'
 

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada  duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada  limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada  delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya,  sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua  belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'  
 

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa  yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta  namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia  tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan  ibu!'
 

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api  dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,  siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'  
 

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah  yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun  mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'  
 

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan  kepada Allah.
 

Setelah membaca  'Bismillah...' dia berkata,
 

-Satu yang tiada duanya ialah Allah  s.w.t..
 

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.  berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran  kami).'
 
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan  yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang  anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.  
 

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.  
 

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
 

-Enam yang  tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.  
 

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.  berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali  tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'  (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul  Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di  penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung  'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang  tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat,  tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan  belalang.*
 

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah  s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali  lipat.' (Al-An'am: 160).
 

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah  Saudara-Saudara Nabi Yusuf .


-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah  Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa  memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan  tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).  
 

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf  ditambah dengan ayah dan ibunya.
 

-Adapun sesuatu yang bernafas namun  tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh  apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang  membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
 

-Mereka yang  berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni  ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi  berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia  dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,  'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan  memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun  lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun  tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya  sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang  diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih  dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah  Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api  adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan  Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta  Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang  terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
 

-Sesuatu yang  diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana  firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.'  (Yusuf: 28).
 

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting  mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di  bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun  adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam  
 
hari dan Dua di siang hari.
 

Paderi dan para hadirin merasa takjub  mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi.  Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu  pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini  berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
 

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi  menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia  berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang  hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun  dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan  kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu  pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
 

Paderi tersebut berkata,  'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka  menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
 

Paderi pun berkata,  'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar  Rasulullah. '
 

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu  terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan  menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa  
.** 

NOTA:
 

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan  merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar  membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis  tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca  dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu  adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang  Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan  harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini  (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli  kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma,  mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan  pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam 

semana kaya atau  besar...tetap Allahuakbar!!!!  ittaqullah!!!!!



Friday, July 1, 2011

Perlunya Kita Muhasabah Diri........

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Wahai saudara/saudari yang dirahmati Allah,  Muhasabah adalah perbuatan bagi menghitung dan memperelokkan diri  agar segala perbuatan dan tindak tanduk dan amalan kita selari dengan peraturan Islam yang telah ditetapkan oleh Allah seperti yang disampaikan oleh Rasulnya. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah . bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil/salah. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Kita akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya  kepada kekuasaanNya. Jika begiinilah keadaannya maka tidak mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata seorang alim Sayyid Ahmad ar-Rifaie:
Daripada takut akan timbulnya muhasabah
Daripada muhasabah timbulnya muraqabah
Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala.
(Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Akibat dari sikap suka muhasabah ini sudah tentu akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala :
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
bermaksud: Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar keselesaan/kekayaan didalam  kehidupan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah :
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Taala bermaksud: Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan orang mukmin yang soleh sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala :
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍفِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍ
bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa.(surah al-Qamar: Ayat 55).

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi mungkin salah disisi agama. . Memerangi nafsu boleh menjauhkannya daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi tuan kepada kita. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang diperintah oleh Allah dan Rasulnya

Wahau saudara/saudari yang dirahmati Allah ,demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kesalahan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata  Umar al-Khattab: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab diakhirat nanti..

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم 

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)