Wednesday, April 11, 2012

Skim Pencen Akhirat....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Cuba kita renungkan bagaimana hari ini  ramai orang yang bekerja keras siang dan malam supaya kehidupan hari kemudiannya lebih terjamin.  Usia pencen biasanya pada umur 55 tahun.  Maka, sejak mula bekerja hingga umur mencecah 55 tahun itu, dia bekerja dan bekerja.

Dikerahkan tenaga dan idea untuk majikannya.  Diletakkan kesetiaan dan 1001 sifat positif kepada majikannya.  Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari.  Dia tidak berani untuk melawan majikannya kerana dikhuatiri skim pencen yang bakal dinikmati pada usia pencennya nanti terjejas dan berkurangan dari yang sepatutnya. Kita barangkali lupa bahawa skim pencen yang diharap-harapkan itu belum tentu dapat dinikmatinya.  Dia mungkin menemui ajal sebelum sempat menikmati skim pencen itu.  Jika umur panjang pun, apalah sangat yang boleh dienjoykan tatkala umur sudah melebihi 55 tahun.  Badan sudah tidak segar, penyakit sudah datang menyerang, lidah sudah rasa tawar dan mata mulai kelabu.

Walaupun ia skim yang baik dan wajar kita berusaha ke arahnya, namun tidak banyak sangat harapan boleh diletakkan kepada skim pencen ini!

Cuba lihat skim pencen ini pula…Skim Pencen Akhirat

Apa kata kita menumpukan dan meletakkan harapan yang tinggi kepada skim pencen ini, iaitu Skim Pencen Akhirat. Dengan meletakkan majikan kita ialah Allah`Azza wa Jalla, kita bekerja keras siang dan malam tanpa lupa matlamatnya ialah untuk mendapatkan keredhaannya.  Bukan umur 55 tahun sasaran untuk dinikmati skim pencen ini.  Tetapi sasarannya diletakkan pada hari berlakunya Hari Akhirat nanti iaitu hari yang kekal abadi. Dikerahkan tenaga dan idea untuk Majikan Segala Majikan, iaitu Allah.  Diletakkan kesetiaan total dan 1001 sifat mahmudah (positif) kepadanya.  Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari hingga terbekal pada diri akan Taqwa.  Sifat الخوف (al-khauf = takut) dan الرجاء (ar-roja’ = harap) pula sentiasa mengiringi diri, berada di antara kedua-duanya.  Takutkan murkanya dan harapkan keredhaannya.  Takutkan Nerakanya dan harapkan Syurganya.  Dijaga sungguh-sungguh dalam keberhati-hatian agar kehidupan akhiratnya tidak terjejas.

Disebabkan sasarannya ialah Hari Akhirat dan bukan umur 55 tahun, maka jika mati hari ini pun, insyaAllah dengan rahmatnya maka manfaat ‘Skim Pencen Akhirat’ ini akan dinikmati.  Dan semua harapannya pasti dipenuhi oleh Yang Maha Kaya.  Malah ganjarannya sangat lumayan, tidak dapat difikir oleh fikiran dan tidak dapat dibayang oleh mata betapa tingginya ganjaran tersebut.Malah, jika matinya pada umur yang lewat, Skim Pencen Akhirat ini akan mengembalikan si penerima ganjaran kepada usia belia untuk menikmati semua kenikmatan yang bakal tersedia.  Malah sifat gagah dan perkasa berlipat kali ganda dikurniakan kepadanya, melebihi keperkasaannya semasa di dunia.  Semua kenikmatan yang tersedia di‘enjoy’ dengan penuh nikmat.

Skim ini adalah skim yang pasti, pasti untuk mereka yang mahukannya.Adakah kita mahukannya?
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَDan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?Al Ana'm 32
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.As-syura-20
Berusahalah!  Jadikanlah Hari Akhirat sebagai matlamat kita!  Alihkan tumpuan kita kepada negeri yang kekal abadi, bukan kepada negeri yang hanya sementara ini.  Kerahkan semua tenaga dan fikiran kita kepada Hari Akhirat yang pasti tiba!  Belanjakanlah harta untuk memiliki saham di sana.  Perbuatkanlah semua usaha untuk mendapatkan redha dan cintanya.

Semoga kita semua berolehnya, 


Masih dalam bulan Syawal dan suasana Aidil Fitri. Sambil bermaafan ucapkan juga doa-doa sesama kita semoga  terampun dosa sesama kita dan mendapat pengampunan Allah serta diterima segala amalan terutamanya dibulan Ramadhan yang telah berlal
تقَبلَ اللهُ منا ومنكم
TaqabbalAllahu Minna Waminqum 
"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu"

كل عام وأنتم بخير
Qullu Aamin Waantum Bikhoir
"Semoga kamu sentiasa didalam kebaikan setiap masa"




والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, April 3, 2012

Pohonlah Cahaya Dari Allah..

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Firman Allah:قَدْ جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيراً مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءكُم مِّنَ اللّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ يَهْدِي بِهِ  اللّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنِ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
…Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

Diutuskan Rasullullah  adalah sebagai pembawa rahmat ke sekelian alam. Cahaya kenabiannya  menerangai segenap lapisan bumi dan langit. Satu rahmat yang maha agung telah diturunkan untuk menerangi semula hati-hati yang mati dengan cahaya keimanan. Dalam apa jua senario kegelapan, manusia akan sedaya upaya mencari cahaya sebagai petunjuk. Ibarat sebuah kapal yang belayar dilautan, susunan cahaya bintang dilangit dijadikan panduan arah pelayaran.

Seringkali kita tersilap dalam memilih cahaya. Kita menyangka telah memilih jalur cahaya yang benar sedangkan adakalanya cahaya-cahaya itu menipu. Umpama menentukan masuknya waktu subuh di  pagi hari, hadis nabi ada menyebutkan dengan jelasnya tentang dua benang hitam dan benang putih. Benang putih adalah jalur cahaya yang betul untuk masunya waktu subuh sedangkan benang hitam (cahaya hitam) adalah cahaya palsu ciptaan syaitan untuk mengelirukan manusia.

Kita menyangka bahawa kemewahan dunia itu adalah cahaya petunjuk yang mengeluarkan manusia dari kegelapan dan kesusahan hidup. Buktinya, setelah kekayaan dikecapipun, hati masih teraba-raba dan sentiasa merasa gelisah.
Kita merasa  telah cukup dan pandai dalam memilih arah tujuan hidupku, sedangkan hakikatnya aku hanya menentukan halatuju hidupku dengan pedoman nafsu.

Sebenarnya semua faktor cahaya ada dikeliling kita,  tetapi keegoaankita seringkali mengabaikan agen-agen cahaya yang ada. Sebenarnya, halatuju hidupkitalah yang menyebabkan hati kita menjadi hitam dan dipenuhi dengan zulumat(kezaliam/kegelapan). Kita sendiri yang telah membina tembok penghalang untuk semua cahaya itu dapat menembusi kesanubarikita. Lebih malang lagi adakalanya kita sendiri yang menjauhi sumber-sumber cahaya.

Kita merasakan matakita cerah dan bersinar, dapat menikmati semua keindahan ciptaan tuhan, sedangkan sebenarnya qalbi(hati) kita masih gelap dan kotor dengan kekotoran rohani.

Kita baru kita sedar bahawa semua kekotoran dan kegelapan ini bukanlah bekalan yang sebenar untuk menuju ke alam sana. Semuanya perlu disucikan dan dikembalikan kepada fitrah kehendak Allah. Pohonlanlah cahaya hidayah dari Allah agar kita dibimbingnya menjadi hambaya yang solehdan bertaqwa sebagaimana firmanya:

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus , yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya) , yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu-An-Nur-35

والله أعلم بالصواب والله تعالى

 أعلىو أعلم 

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)