Monday, August 6, 2012

Kisah Kaum Yang Dibinasakan Allah....


السلام علبكم و رحمة الله و بركات 

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, kita telusuri kisah kisah yang dipaparkan oleh Allah didalam AlQuran mengenai kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan Allah kerana keingkaran mereka untuk mentaati Allah melalui ajaran yang diturunkan kepada para Nabidan Rasul yang diutus kepada mereka agar kita  muhasabah diri kita semoga kita tidak termasuk golongan yang menolak segala peraturan dan hukum-hukum Allah.

1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh .
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحاً إِلَى قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَاماً فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ 
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.(Surah Al-Ankabut : 14)

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وِأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
 Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah? . Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka.Surah Attaubah: 70

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan .Albaqarah: 50

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina .
واَسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعاً وَيَوْمَ لاَ يَسْبِتُونَ لاَ تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ 
Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu , di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.Surah Al-A’raaf: 163

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.
Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ
Sebelum mereka telah mendustakan (pula) kaum Nuh dan penduduk Rass dan Tsamud,-Qaf ayat 12

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah  .
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ  
Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit ,yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar,
,ketika mereka duduk di sekitarnya,sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman.,Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.(Surah Alburuuj: 4-9)

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air .
أَهُمْ خَيْرٌ أَمْ قَوْمُ تُبَّعٍ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ أَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ 
Apakah mereka (kaum musyrikin) yang lebih baik ataukah kaum Tubba' dan orang-orang yang sebelum mereka. Kami telah membinasakan mereka karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Friday, August 3, 2012

Rasa Sakit Yang Amat Berharga....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, sakit atau merasai kesakitan adalah  merupakan salah satu bentuk ujian yang akan diberikan oleh Allah kepada hambanya. Ianya akan memberikan indikasi samaada seseorang itu sabar atau sebaliknya. Kita ikuti kisah sakit yang memberikan kita keinsafan betapa rasa sakit adalah salah satu diantara berjuta nikmat Allah kepada hambanya.

Terjadi satu keadana dimana seorang doktor yang bertugas di pusat penempatan pesakit kusta sedang berusaha membuka kunci pintu yang terlalu ketat. Puas dia mencuba untuk memulas anak kunci pintu tapi tidak berjaya. Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun melihat kesusahannya itu lalu datang memberikan bantuan. Kanak-kanak itu merupakan salah seorang pesakit di situ. Dia kemudiannya memulas anak kunci pintu dengan mudah dan pintupun terbuka. Doktor memandang kanak-kanak itu dengan kagum. Setelah pintu terbuka, doktor itu mendapati jari kanak-kanak itu mendapat luka yang dalam dan darah mengalir keluar dari kawasan luka akibat dicucuk oleh kunci yang ditekan kuat. Kanak-kanak itu tidak merasa sakit dari lukanya. Sebab itu dia mampu menekan dan memulas kunci tidak seperti orang biasa yang akan merasa kesakitan dan berhenti memulas.

Pesakit kusta rupanya mengalami masalah kerosakan pada deria rasa yang membuatkan mereka tidak langsung rasa sakit. Penemuan itu amat penting dan menyelesaikan satu persoalan tentang kenapa anggota pesakit kusta menjadi cacat. Selama ini, kecacatan disyaki akibat daripada aktiviti virus kusta yang memakan sel pada anggota tangan atau kaki atau lain-lain anggota pada pesakit kusta. Sebenarnya anggota mereka menjadi cacat disebabkan tiadanya rasa sakit. Luka-luka yang terbentuk dengan kerap lama kelamaan menjadikan anggota itu cacat. Ada kes-kes tertentu pesakit hilang jarinya ketika tidur kerana digigit tikus dalam keadaan dia tidak merasakannya.

Hanya mereka yang berpenyakit kusta sahaja mempunyai keistimewaan kebal dari rasa sakit. Mereka hidup tanpa mengalami rasa kesakitan. Mungkin ada di antara kita mengimpikan kehidupan tanpa sakit. Jika ada elok anda fikirkan semula kerana dengan tiadanya kesakitan, berkemungkinan anda tidak akan hidup lama dan sempurna. Jika anda sedang memotong kayu dengan gergaji sambil duduk dan gergaji itu terkena lutut, anda akan terus menghentikan aktiviti akibat terkejut kerana rasa sakit. Tapi jika deria kesakitan tidak ada, berkemungkinan anda akan terus gaji sehinggalah anda dapati sebelah kaki anda telah tiada!. Bersyukurkah dengan anugerah kesakitan yang kita ada. Ia telah terlalu banyak menyelamatkan diri kita daripada berbagai perkara. Memang kesakitan membuatkan diri kita terganggu, tapi ia terlalu besar manafaatnya untuk kita.

Tidak ada yang berlaku melainkan untuk menjamin rezki kita. Perkara yang sama berlaku pada semua deria atau perasaan lain yang ada dalam diri kita. Sebagai contohnya perasaan lapar akan membuatkan kita mula mencari makanan. Semakin lapar semakin kuat tekanan kita berusaha mencari sesuap nasi.
Jika kita tertanya-tanya bagaimana Allah memastikan manusia sentiasa mampu mencari rezkinya, lapar adalah salah satu mekanisme yang mendorong kita bangun cari makan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kerana itu walaupun orang yang gila tahu bila dia perlu meminta atau mengambil makanan. Kita boleh bayangkan apa saja kesusahan yang dianugerahkan oleh Allah pada diri kita dan fikirkan kenapa dan apakah fungsinya. Sudah tentu kita akan temui bahawa ia sebenarnya sebagai mekanisme untuk kelansungan hidup kita.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, oleh itu bersyukurlah samada anda sakit, kecewa, lapar, marah atau apa-apa saja semuanya bermanafaat demi kehidupan seandainya ajal kita belum datang. Mari kita banyakkan berdoa dengan doa Nabi Ibrahim ketika sesuatu kesakitan atau sakit yang kita alami kerana ia merupakan doa dan ayat Al Quran semoga mendapat sekurang-kurangnya 3 manfaat daipada membacanya, pertama kita berdoa satu pahala, kedua ianya merupakan ayat AlQuran mendapat pahala membaca Al Quran, ketiga mendapat kesembuhan. Ayat tersebut mudah diingat dan diamalkan.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 
dan apabila aku sakit, Dialah -Allah Yang menyembuhkan aku,-Asy-Syu'araa'80


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)