Friday, August 3, 2012

Rasa Sakit Yang Amat Berharga....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, sakit atau merasai kesakitan adalah  merupakan salah satu bentuk ujian yang akan diberikan oleh Allah kepada hambanya. Ianya akan memberikan indikasi samaada seseorang itu sabar atau sebaliknya. Kita ikuti kisah sakit yang memberikan kita keinsafan betapa rasa sakit adalah salah satu diantara berjuta nikmat Allah kepada hambanya.

Terjadi satu keadana dimana seorang doktor yang bertugas di pusat penempatan pesakit kusta sedang berusaha membuka kunci pintu yang terlalu ketat. Puas dia mencuba untuk memulas anak kunci pintu tapi tidak berjaya. Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun melihat kesusahannya itu lalu datang memberikan bantuan. Kanak-kanak itu merupakan salah seorang pesakit di situ. Dia kemudiannya memulas anak kunci pintu dengan mudah dan pintupun terbuka. Doktor memandang kanak-kanak itu dengan kagum. Setelah pintu terbuka, doktor itu mendapati jari kanak-kanak itu mendapat luka yang dalam dan darah mengalir keluar dari kawasan luka akibat dicucuk oleh kunci yang ditekan kuat. Kanak-kanak itu tidak merasa sakit dari lukanya. Sebab itu dia mampu menekan dan memulas kunci tidak seperti orang biasa yang akan merasa kesakitan dan berhenti memulas.

Pesakit kusta rupanya mengalami masalah kerosakan pada deria rasa yang membuatkan mereka tidak langsung rasa sakit. Penemuan itu amat penting dan menyelesaikan satu persoalan tentang kenapa anggota pesakit kusta menjadi cacat. Selama ini, kecacatan disyaki akibat daripada aktiviti virus kusta yang memakan sel pada anggota tangan atau kaki atau lain-lain anggota pada pesakit kusta. Sebenarnya anggota mereka menjadi cacat disebabkan tiadanya rasa sakit. Luka-luka yang terbentuk dengan kerap lama kelamaan menjadikan anggota itu cacat. Ada kes-kes tertentu pesakit hilang jarinya ketika tidur kerana digigit tikus dalam keadaan dia tidak merasakannya.

Hanya mereka yang berpenyakit kusta sahaja mempunyai keistimewaan kebal dari rasa sakit. Mereka hidup tanpa mengalami rasa kesakitan. Mungkin ada di antara kita mengimpikan kehidupan tanpa sakit. Jika ada elok anda fikirkan semula kerana dengan tiadanya kesakitan, berkemungkinan anda tidak akan hidup lama dan sempurna. Jika anda sedang memotong kayu dengan gergaji sambil duduk dan gergaji itu terkena lutut, anda akan terus menghentikan aktiviti akibat terkejut kerana rasa sakit. Tapi jika deria kesakitan tidak ada, berkemungkinan anda akan terus gaji sehinggalah anda dapati sebelah kaki anda telah tiada!. Bersyukurkah dengan anugerah kesakitan yang kita ada. Ia telah terlalu banyak menyelamatkan diri kita daripada berbagai perkara. Memang kesakitan membuatkan diri kita terganggu, tapi ia terlalu besar manafaatnya untuk kita.

Tidak ada yang berlaku melainkan untuk menjamin rezki kita. Perkara yang sama berlaku pada semua deria atau perasaan lain yang ada dalam diri kita. Sebagai contohnya perasaan lapar akan membuatkan kita mula mencari makanan. Semakin lapar semakin kuat tekanan kita berusaha mencari sesuap nasi.
Jika kita tertanya-tanya bagaimana Allah memastikan manusia sentiasa mampu mencari rezkinya, lapar adalah salah satu mekanisme yang mendorong kita bangun cari makan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kerana itu walaupun orang yang gila tahu bila dia perlu meminta atau mengambil makanan. Kita boleh bayangkan apa saja kesusahan yang dianugerahkan oleh Allah pada diri kita dan fikirkan kenapa dan apakah fungsinya. Sudah tentu kita akan temui bahawa ia sebenarnya sebagai mekanisme untuk kelansungan hidup kita.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, oleh itu bersyukurlah samada anda sakit, kecewa, lapar, marah atau apa-apa saja semuanya bermanafaat demi kehidupan seandainya ajal kita belum datang. Mari kita banyakkan berdoa dengan doa Nabi Ibrahim ketika sesuatu kesakitan atau sakit yang kita alami kerana ia merupakan doa dan ayat Al Quran semoga mendapat sekurang-kurangnya 3 manfaat daipada membacanya, pertama kita berdoa satu pahala, kedua ianya merupakan ayat AlQuran mendapat pahala membaca Al Quran, ketiga mendapat kesembuhan. Ayat tersebut mudah diingat dan diamalkan.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 
dan apabila aku sakit, Dialah -Allah Yang menyembuhkan aku,-Asy-Syu'araa'80


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

No comments:

Post a Comment