Monday, November 12, 2012

Alangkah Indahnya Sabar......


السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Saudara yang dirahmati Allah sekelian ,sabar suatau perkataan yang selalu kita gunakan didalam kehidupan apabila ditimpa musibah namun ianya bukanlah bererti menyerah tanpa usaha. Tetapi sabar juga bukanlah perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah taman kesejukan di antara ikhtiar yang sunguh-sungguh dan tawakkal yang sepenuhnya kepada Allah. Sabar akan melahirkan keyakinan yang kuat terhadap janji Allah. Dengan sabar hati akan percaya, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba. Apa agaknya akan terjadi sekiranya hati dipenuhi dengan cinta-cita menggunung dan kehendak yang terlalu memaksa? Tenang akan habis, dan niat suci pun akan terbakar oleh nafsu dan prasangka buruk terhadap Allah. Maka sabar adalah sikap pertengahan seorang yang beriman.

Tiada keadaan yang paling indah melainkan dengan kewujudan sifat/rasa sabar, sama ada ketika susah ataupun senang. Hendaknya kita  menjalankan kewajiban sebagai hamba  dengan benar, meninggalkan hal-hal dilarang, redha terhadap musibah dan taqdir Allah, dan di masa yang sama hatinya sentiasa berpaut kepada tali Allah apa pun keadaannya.

Allah  berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, : 200)

Rasulullah  bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):

أمروا أن يصبروا على دينهم الذي ارتضاه الله لهم، وهو الإسلام، فلا يدعوه لسرّاء ولا لضرّاءَ ولا لشِدَّة ولا لرِخَاء، حتى يموتوا مسلمين

“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslimin (sebagai orang yang berserah diri).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)

Allah berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab (tidak terkira).” (Surah az-Zumar, 39: 10)

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, dari sini dengan jelas dapat difahami bahawa Allah  sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.  Jadi, fahamilah hakikat sabar dengan baik-baik. Kerana ganjaran bagi orang yang bersabar adalah tanpa batas dan tidak terkira banyaknya. Dari sisi Allah-lah balasannya.Manakala mereka yang tidak sabar, maka dia akan celaka. Diikuti dengan sabar, rasa syukur dan redha pula pasti akan mengiringi. 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

No comments:

Post a Comment