Wednesday, October 17, 2012

Apa Ada Pada Kematian....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian ,dipagi Jumaat yang penuh keberkatan ini cuba kita renungkan sedikit mengenai kematian yang pasti dialami oleh semua yang hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal/mati. Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan bagi yang hidup. Nabi juga berpesan bahawa sebijak-bijak manusia ialah mereka yang sentiasa mengingati mati.
أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ 
Maka apakah kita tidak akan mati?,Ashaafaat-58
Ada apa dengan kematian.?Kematian bukanlah satu nokhtah kehidupan, bahkan sebenarnya ia adalah satu permulaan kehidupan abadi. Hidup yang selama-lamanya tanapa ada kematian lagi sesudah itu. Kematian adalah titik permulaan soal bicara antara manusia dan tuhan. Soal perhitungan antara amal baik dan amal buruk. Soal perhitungan yang juga dinamakan “Yaumul Mizan”/hari hisab untuk menimbang seberat mana dosa dan pahala. Soal penentuan haluan sama ada ke syurga atau neraka dan disana tiada jalan ketiga.

Ada apa dengan kehidupan dunia ?Ingatlah! Kehidupan dunia adalah ujian semata-mata.  Ianya bukan matlamat. Ia bukan segala-galanya. Ianya adalah medan ujian bagi ruh. Ruh yang lalai perlu diingatkan. Ruh perlu dibimbing untuk kembali kepada fitrah.

Peringatan untuk kita ambillah dunia sekadarnya. Kejarlah dunia untuk kepentingan akhirat kita. Jangan tertipu dengan pujukan dunia yang sia-sia. Tinggalkan perkara yang bukan keutamaan. Sudah tiba masanya untuk dirimu menghitung segala-galanya. Sebelum sampai hari perhitungan yang dijanjikan.
Kematian itu terlalu hampir.Sedangkan yang bayi juga boleh mati, inikan pula pada kita yang mencecah 20/30/40/50/60 tahun. Apa mungkin mencecah hingga ke angka 100. Itu semua ketentuan Allah. Sudah tertulis sejak azali. Itu bukan urusan kita. Fokuskan urusan kita hanyalah pada tanggungjawab diri kita pada Allah kita, diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan juga negara kita. Pimpinlah diri kita untuk mengikut jalan yang hanif/Islam.
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".-Jumaah 8

Di depan kita sudah terbentang dua jalan yang jelas dan nyata. samaada jalan iman dan kepatuhan kepada perintah Allah atau jalan kufur engkar dari suruhan/perintah Allah. Sama ada kita memilih jalan keingkaran atau kau memilih jalan kesyukuran. Pilihlah untuk kita. Ianya adalah pilihan kita sendiri. Mintalah hidayah Allah sebagai petunjuk disepanjang perjalanan.
وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah keni'matan hidup duniawi dan perhiasannya. sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?Al Qashash -60

Kenalilah dunia kita dengan kesabaran dan ketabahan. Pelajarilah ilmu-ilmu keduniaan dalam rangka untuk mencari keredhaan Tuhanmu. Jangan jadikan kehidupan dunia kita kelak sebagai tipudaya.
Saudara yang dirahmati Allah sekelian ,selamat menempuh kehidupan sebagai hamba Allah yang beriman.


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Tuesday, October 9, 2012

Di Mana Tahap Tangisan Kita....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, kita pernah menangis ? dimana kedudukan tangisan kita , cuba kita analisa tangisan tersebut . Tangisan yang terhebat adalah tangisan hamba Allah yang khusuk' mengigati kebesaran Allah .

  إِنَّ الَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّداً
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً 
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً 
Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi".Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangisdan mereka bertambah khusyu'.Al Isra'-107-109

"Kita masih menangis kerana gagal mencapai cita-cita. Kegagalan tersebut amat mengecewakan sehingga tak sedar air mata tertumpah dari birai mata. Kita masih menangis kerana sakit. Apabila tidak tahan menanggung kesakitan sehingga air mata tertumpah lagi. Kita masih menangis kerana hati disakiti. Sakitnya hati apabila orang sanggup membuat fitnah dan mengkhianati kita. Luka hati hanya Allah yang tahu. Air mata boleh tertumpah lagi.

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى 
dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.An-najm 43 

Sedarkah kita, di sana ada orang yang sedang menangis dalam keheningan malam kerana mengenangi dosa-dosa lampau. Dosa-dosa yang telah tersimpan dalam lipatan usia  terulang tayang satu persatu dalam mata batin penyesalan. Rasa bersalah kepada Allah membuatkan air mata memenuhi kelopak mata umpama ingin membasuh segala dosa.

Ketika kita masih menangis kerana terkenangkan dosa-dosa di siang hari atau dosa-dosa lampau, ada orang lain yang sedang menangis kerana kecewa dan takut disebabkan oleh ibadat yang tidak khusyuk. Solat tidak khusyuk. Apabila berzikir, hati tidak khusyuk. Dalam apa-apa sahaja majlis mendekati Allah, fikiran sering melayang kepada urusan dan masalah hidup harian. Ketika mulut mengucap ‘subhana rabbial  a’la wabihamdih’, hati tidak memuji dan meninggikan Ilahi, sebaliknya hati teringat pelbagai urusan keduniaan. Tasbih di mulut tidak lagi selari di hati. Rasa berdosa mula menguasai diri. Lalu ketika berseorangan di dalam gelap atau terang, mengalirlah air mata kerana rasa berdosa kepada Ilahi.

Cuba kita muhasabah diri , ketika kita menangis kerana hal-hal kehidupan dunia, ada orang lain di sana yang menangis kerana dosa-dosa lampau. Dan ketika kita menangis kerana dosa-dosa lampau, ada di sana orang menangis kerana solat dan zikir di mulut tidak selari pula di hati. Apabila hilang khusyuk dalam ibadat, seolah-olah terasa solat dan zikir dilemparkan kembali ke mukanya bagai kain buruk.

Firman Allah lagi mengenai mereka yang menagis:
إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَن خَرُّوا سُجَّداً وَبُكِيّاً
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.Maryam-58

Saudara yang dirahmati Allah mari kita merenung ditahap mana tangisan kita seandainya kita juga menangis.Semoga tangisan kita ditahap yang terbaik dan akan mendekatkan kita dengan Allah .


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Monday, October 1, 2012

Allah Sentiasa Menutup Keaiban/Kesalahan Kita..

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Saudara yang dirahmati Allah sekelian,cuba kita lihat diri kita sebagai manusia yang merupakan mahluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kita kepada Allah . Sepanjang kita hidup seharian, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.Sebuah hadis nabi Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi  bersabda: " Kebajikan itu keluhuran/kebaikan ahlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita. Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia?  Bagaimana dengan sangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita ketika bersendirian?  Astaghfirullah, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ 
"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita.  Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita boleh berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, walaupun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabbur/sombong jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia. Kerana di akhirat nanti bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita salah. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya. Kadang-kadang kita suka membuka dosa orang lain, walaupun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith nabi daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah  akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai balasanya, Allah akan menutup keaipan kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mendedahkan dosa orang lain sehingga Allah  akan membuka keaipan kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Ingatlah firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi  pagi harinya ia membuka aipnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, sesungguhnya Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir/penglihatan maknusia. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah . Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Marilah kita sama-sam merenungkan dan muhasabahlah diri kita masing-masing mudah-nudahan akan memberi kesan yang baik didalm ketaatan kita pada Allah.

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Dan hanya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia memberikan ampunan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Al- Fath 14


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)