Tuesday, October 9, 2012

Di Mana Tahap Tangisan Kita....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, kita pernah menangis ? dimana kedudukan tangisan kita , cuba kita analisa tangisan tersebut . Tangisan yang terhebat adalah tangisan hamba Allah yang khusuk' mengigati kebesaran Allah .

  إِنَّ الَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّداً
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً 
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً 
Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi".Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangisdan mereka bertambah khusyu'.Al Isra'-107-109

"Kita masih menangis kerana gagal mencapai cita-cita. Kegagalan tersebut amat mengecewakan sehingga tak sedar air mata tertumpah dari birai mata. Kita masih menangis kerana sakit. Apabila tidak tahan menanggung kesakitan sehingga air mata tertumpah lagi. Kita masih menangis kerana hati disakiti. Sakitnya hati apabila orang sanggup membuat fitnah dan mengkhianati kita. Luka hati hanya Allah yang tahu. Air mata boleh tertumpah lagi.

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى 
dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.An-najm 43 

Sedarkah kita, di sana ada orang yang sedang menangis dalam keheningan malam kerana mengenangi dosa-dosa lampau. Dosa-dosa yang telah tersimpan dalam lipatan usia  terulang tayang satu persatu dalam mata batin penyesalan. Rasa bersalah kepada Allah membuatkan air mata memenuhi kelopak mata umpama ingin membasuh segala dosa.

Ketika kita masih menangis kerana terkenangkan dosa-dosa di siang hari atau dosa-dosa lampau, ada orang lain yang sedang menangis kerana kecewa dan takut disebabkan oleh ibadat yang tidak khusyuk. Solat tidak khusyuk. Apabila berzikir, hati tidak khusyuk. Dalam apa-apa sahaja majlis mendekati Allah, fikiran sering melayang kepada urusan dan masalah hidup harian. Ketika mulut mengucap ‘subhana rabbial  a’la wabihamdih’, hati tidak memuji dan meninggikan Ilahi, sebaliknya hati teringat pelbagai urusan keduniaan. Tasbih di mulut tidak lagi selari di hati. Rasa berdosa mula menguasai diri. Lalu ketika berseorangan di dalam gelap atau terang, mengalirlah air mata kerana rasa berdosa kepada Ilahi.

Cuba kita muhasabah diri , ketika kita menangis kerana hal-hal kehidupan dunia, ada orang lain di sana yang menangis kerana dosa-dosa lampau. Dan ketika kita menangis kerana dosa-dosa lampau, ada di sana orang menangis kerana solat dan zikir di mulut tidak selari pula di hati. Apabila hilang khusyuk dalam ibadat, seolah-olah terasa solat dan zikir dilemparkan kembali ke mukanya bagai kain buruk.

Firman Allah lagi mengenai mereka yang menagis:
إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَن خَرُّوا سُجَّداً وَبُكِيّاً
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.Maryam-58

Saudara yang dirahmati Allah mari kita merenung ditahap mana tangisan kita seandainya kita juga menangis.Semoga tangisan kita ditahap yang terbaik dan akan mendekatkan kita dengan Allah .


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

No comments:

Post a Comment