Saturday, July 28, 2012

Syafa'at Al-Quran Di Hari Kiamat .........

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Kita sering mendengar hadis berikut ini:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا

Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at."

Hadis lengkap ungkapan diatas: Abu Umamah Al-Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada orang yang membacanya. Bacalah Az-Zaharawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran kerana pada hari kiamat kedua-duanya akan datang bagaikan awan atau bayang-bayang, atau kedua-duanya seakan dua kumpulan burung yang berhujjah mempertahankan tuannya. Dan bacalah olehmu akan surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan, meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak akan mampu menghadapinya." (HR. Muslim, M.S no: 1337).

Hadis di atas ini menerangkan tentang keutamaan membaca Al-Quran, yang mana kelebihan bagi yang membaca Al-Quran adalah di hari akhirat kelak Al-Quran akan datang memberi syafa'at kepada pembacanya terutamanya adalah surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran.

Demikian juga hadis yang diriwayatkan dari Jubair bin Nufair berkata: Aku mendengar An-Nawwas bin Sam'an Al-Kilabi berkata: Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ

Maksudnya: "Akan didatangkan Al-Quran di hari kiamat kelak kepada ahlinya (yakni orang-orang yang selalu membaca Al-Quran - pent) yang beramal dengannya, terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran..." (HR. Muslim, M.S no: 1338)

Dalam riwayat lain:

يَأْتِي الْقُرْآنُ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ
Maksudnya: "Al-Quran akan datang kepada ahlinya dari kalangan orang-orang yang mengamalkannya di dunia, terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran." (HR. Tirmizi, katanya hadis Gharib. ; Shahih wa Dha'if Sunan At-Tirmizi, no: 2883)

Imam At-Tirmizi berkata pada menjelaskan hadis di atas ini:

مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَمَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَتِهِ كَذَا فَسَّرَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا الْحَدِيثَ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنْ الْأَحَادِيثِ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَفِي حَدِيثِ النَّوَّاسِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَدُلُّ عَلَى مَا فَسَّرُوا إِذْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا فَفِي هَذَا دَلَالَةٌ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ الْعَمَلِ

Maksudnya: "Di sisi ahli ilmi (ahli sunnah) berpendapat dari wajah dan makna hadis ini adalah bahawa (dihari kiamat kelak - ) akan didatangkan pahala kepada pembacanya. Demikianlah tafsiran sebahagian ahli ilmi tentang hadis ini dan apa-apa yang serupa dengan hadis-hadis berikut, dan di dalam hadis An-Nawwas tersebut dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam apa yang menunjukkan ke atas penafsiran bagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bahawasanya akan didatangkan pahala-pahala bacaan Al-Quran kepada pembacanya yang mengamalkannya di dunia. Maka dengan itu menjadi dalil bahawasanya akan didatangkan pahala-pahala amalan (kepada pembaca Al-Quran dihari kiamat - pent)." (Sunan At-Tirmizi, M.S 10/115, no: 2808)

Syeikh Muhammad Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah (wafat 1421 Hijrah) berkata:


قال النبي صلى الله عليه وسلم اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه إذا كان يوم القيامة جعل الله عز وجل ثواب هذا القرآن شيئا قائما بنفسه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه يشفع لهم عند الله سبحانه وتعالى فإن القرآن إذا تلاه الإنسان محتسبا فيه الأجر عند الله فله بكل حرف عشر حسنات ومثله حديث النواس بن سمعان رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم أخبر أن من قرأ القرآن وعمل به فإنه يأتي يوم القيامة يتقدمه سورة البقرة وآل عمران يحاجان عن صاحبهما يوم القيامة ولكن الرسول صلى الله عليه وسلم قيد في هذا الحديث قراءة القرآن بالعمل به لأن الذين يقرءون القرآن ينقسمون إلى قسمين قسم لا يعمل به فلا يؤمنون بأخباره ولا يعملون بأحكامه هؤلاء يكون القرآن حجة عليهم وقسم آخر يؤمنون بأخباره ويصدقون بها ويعملون بأحكامه فهؤلاء يكون القرآن حجة لهم يحاج عنهم يوم القيامة لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال القرآن حجة لك أو عليك وفي هذا دليل على أن أهم شيء في القرآن العمل به

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bacalah olehmu akan Al-Quran kerana ia di hari kiamat kelak akan memberi syafa’at kepada para pembacanya iaitu apabila berlakunya hari kiamat maka Allah Azza wa Jalla menjadikan pahala pada Al-Quran tersebut sesuatu yang berdiri dengan dirinya. Ia akan datang di hari kiamat kelak untuk memberi syafa’at kepada para pembacanya iaitu mensyafa’atkan untuk mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka sesungguhnya Al-Qur’an bila datang kepada manusia sebagai penghitung pahala di sisi Allah maka baginya setiap huruf adalah sepuluh kebaikan.

Dan seperti hadis An-Nawwas bin Sam’an  bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran yang akan menjadi hujah kedua-duanya di hari kiamat kelak. Akan tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengikat (Qaid) dengan hadis tersebut iaitu membaca Al-Quran disertai dengan mengamalkannya adalah kerana orang-orang yang membaca Al-Quran terbahagi menjadi dua:

Pertama: Orang yang tidak mengamalkannya, orang yang tidak beriman dengan apa dikhabarkan kepadanya, dan orang yang tidak beramal dengan hukum-hakamnya. Mereka itulah orang-orang yang Al-Quran menjadi hujah ke atas mereka (yakni Al-Quran akan membantah mereka ).

Kedua: Orang yang beriman dengan yang apa dikhabarkan kepadanya, membenarkannya, dan mengamalkan hukum-hakamnya. Mereka itulah orang-orang yang Al-Quran menjadi hujah bagi mereka (yakni Al-Quran akan membela mereka - pent) sebagai hujah-hujah kepada mereka di hari kiamat. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

القرآن حجة لك أو عليك


Maksudnya:  “Al-Quran itu boleh menjadi hujah yang akan membela kamu atau hujah yang akan membantah kamu.”

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Quran itu adalah kalamullah (kata-kata Allah) dan bukan makhluk dan pendapat ini disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah menyelisihi golongan muktazilah. Penjelasannya boleh didapati di kitab-kitab (kutub) Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah silalah merujuk di sana.

Secara ringkasnya sebagaimana dijelaskan oleh Al-Imam Ja'far At-Tahawi rahimahullah (wafat 321 Hijrah) di dalam Matan Aqidahnya, beliau berkata:

وأن القرآن كلام الله منه بدأ بلا كيفية قولاً، وأنزله على رسوله وحياً وصدقه المؤمنون على ذلك حقاً وأيقنوا أنه كلام الله تعالى بالحقيقة ليس بمخلوق ككلام البرية فمن سمعه فزعم أنه كلام البشر، فقد كفر

Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran adalah Kalamullah berasal dariNya tanpa diketahui tatacara (kaifiyat) ucapannya, diturunkan ke atas RasulNya sebagai wahyu, dibenarkan oleh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, dan mereka meyakini bahawasanya Kalamullah itu hakikat dan bukanlah makhluk seperti ucapan manusia. Maka barangsiapa yang mendengarnya dan berpendapat bahawa ianya adalah ucapan makhluk, maka dia telah kafir." (Dinukil dari At-Ta'liqat Al-Mukhtasarah 'Ala Matnil 'Aqidah At-Tohawiyah oleh  Dr. Soleh Fauzan Al-Fauzan)
Kita telah berada 12 haribulan Syaaban doa yang patut kita baca dibulan Rajab ini sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah:اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي َشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا  رَمَضَانَ
“Ya Allah berkatilah kami dibulan  Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan”

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم 

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday, July 25, 2012

Segerakan 5 Perkara....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian ,mari kita lihat sebuah hadis Rsulullah mengenai 5 perkara yang perlu disegerakan didalam kehidupan kita sebagai maknusia berdasarkan kepada hadis beliau.

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah :

PERTAMA,
Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan/melayani ,dan menghormati mereka.

KEDUA,
Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

KETIGA,
Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.

KEEMPAT,
Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.

KELIMA,
Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Dari Abu Hamzah iaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a.
, pelayan Rasulullah ., katanya: Rasulullah . bersabda:"Nescayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah yang luas." (Muttafaq 'alaih)

Saudara yang dirahmati Allah sekelian , semoga kita akan sama-sama mengamalkan lima perkara tersebut terutamanya yang kelima ,apabila melakukan kesalahan akn secepat mungkin memohon ampun dan bertaubat kepada Allah semoga kita akan kembali kepadanya dengan jiwa yang tenang sebagaimana firmanya:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي

Hai jiwa yang tenang,Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredhai-Nya,Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku.Al-Fajr 27-30



والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, July 3, 2012

Amalan dan Doa Apabila Melakukan Dosa........


السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan sering melakukan dosa samaada kecil atau besar /sengaja  atau tidak senganja didalam menjalani baki kehidupan seharian didunia ini. Namun Allah mengetahuai kelemahan itu dan sentiasa menggalakan kita untuk beristigfar/bertaubat dari perbuatan tersebut.


Allah  berfirman: "Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu'min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan." (an-Nur: 31)
 
Allah  berfirman lagi: "Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya." (Hud: 3)
 
Dan  firmanNya: "Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang nashuha -yakni yang sebenar-benarnya." (at-Tahrim: 8)

Sabda Nabi:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُوْرَ، ثُمَّ يَقُوْمُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللهَ إِلاَّ غَفَرَ اللهُ لَهُ
“Tidaklah setiap hamba yang melakukan perbuatan dosa, kemudian dia bersuci, lalu bangun untuk solat dua rakaat, kemudian dia beristighfar, kecuali Allah mengampuni dosanya.”-Abu Dawud, (2/86

Shahabat yang meriwayatkan hadits ini adalah Abu Bakar Ash-Shiddiq .
Ungkapan مَا مِنْ عَبْدٍ ‘tidaklah setiap hamba, samaada dia laki-laki atau perempuan.

Ungkapan يُذْنِبُ ذَنْبًا ‘melakukan perbuatan dosa, dengan kata lain, dosa apa pun juga.

Ungkapan فَيُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ‘kemudian dia bersuci, dengan kata lain, wudhu atau mandi.

Ungkapan ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللهَ ‘kemudian dia beristighfar’, dengan kata lain, karena dosa yang telah dia lakukan itu. Yang dimaksud dengan istighfar adalah taubat: penyesalan, rasa menyesal, dan keinginan kuat untuk tidak kembali melakukannya untuk selama-lamanya. Disebutkan di bagian akhir hadits ini,

ثُمَّ قَرَأَ صلى الله عليه وسلم أَوْ أَبُوبَكْرٍ رضي الله عنه قَوْلَهُ تَعَالَى: وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ . أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ


“Kemudian beliau Shallallahu Alaihi wa Sallam atau Abu Bakar  membaca firman Allah Taala, Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerja-kan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.’” (QS. Ali Imran: 135-136).

Ulama membuat kesimpilan bahawa  bertaubat itu hukumnya wajib dari segala dosa. Jika kemaksiatan/dosa itu terjadi antara seorang hamba dengan Allah  saja dan tidak melibatkan hubungan dengan hak seorang manusia yang lain, maka cara untuk bertaubat itu  tiga  syarat, iaitu: 

Pertama hendaklah menghentikan sama sekali -padaketika itu juga- dari kemaksiatan/dosa yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal karena telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga hendaklah bertekad/berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan dosa/maksiat itu untuk selama-lamanya. Jika salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu tertinggal maka tidak sahlah taubatnya. Apabila kemaksiatan/dosa itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya  ada empat , iaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah agar membayar kembali/mengganti apa yang diambail  itu dari hak kawannya. Maka jika yang diambil  itu berupa harta atau yang seumpamanya, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang seumpamanya, maka hendaklah menarik dakwaan tadi dari orang yang didakwanya atau meminta  pengampunan daripada kawannya dan jika merupakan umpatan, maka hendaklah meminta maaf dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya. Seseorang itu wajiblah bertaubat dari segala  dosa, tetapi jika seseorang itu bertaubat dari sebagian dosanya, maka taubatnya itupun sah dari dosa yang dimaksudkan itu, demikian pendapat para mejoriti ,  Sudah jelaslah dalil-dalil yang tercantum dalam Kitabullah, Sunnah Rasulullah . serta ijmak seluruh umat perihal wajibnya  bertaubat .Semoga membuka minda kita untuk terus beristighfar dan bertaubat. 

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, Allah amat gembira bila  mengetahui ada hambaNya yang bertaubat kepadanya.
 
 Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membuka kerahmatanNya- di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membuka  rahmatnya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat -yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, karena setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seorang." (Riwayat Muslim)
 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Monday, July 2, 2012

Pentingnya Sebuah Niat....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Peranan dan fungsi niat dalam ibadah sangatlah penting. Karena itu setiap muslim mesti senantiasa memperbaiki niat dalam ibadahnya, yaitu ikhlas untuk Allah semata.

‘Umar ibnul Khaththab berkata: Aku mendengar Nabi bersabda:
“Sah segala amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya. Dan setiap orang hanyalah mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan. Maka siapa yang amalan hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu karena Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin ia peroleh atau karena wanita yang ingin ia nikahi maka hijrahnya itu kepada apa yang dia tujukan/niatkan.”
Hadits  diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari  dalam beberapa tempat di kitab Shahih-nya (hadits no. 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953) dan Al-Imam Muslim t dalam Shahih-nya (no. 1908).

Dari hadits di atas kita pahami bahwasanya setiap orang akan memperoleh balasan dari amalan yang dilakukan sesuai dengan niatnya. Dalam hal ini  Ibnu Taimiyyah telah berkata: “Setiap amalan yang dilakukan seseorang baik  berupa kebaikan ataupun kejahatan tergantung dengan niatnya. Apabila ia tujukan dengan perbuatan tersebut niat/maksud yang baik maka ia mendapatkan kebaikan, sebaliknya bila maksudnya buruk maka ia mendapatkan sesuai dengan apa yang ia niatkan.” Beliau juga mengatakan: “Hadits ini mencakup di dalamnya seluruh amalan, yakni setiap amalan mesti disertai niat. Dan niat ini yang membezakan antara orang yang beramal karena ingin mendapatkan ridha Allah  dan pahala di negeri akhirat, dengan orang yang beramal karena ingin dunia, baik berupa harta, kemuliaan, pujian, sanjungan, pengagungan dan selainnya.” (Makarimul Akhlaq, hal. 26 dan 27)

Di sini kita dapat melihat erti pentingnya niat sebagai ruh amal. Amal menjadi benar karena niat yang benar dan sebaliknya amal menjadi rosak karena niat yang rosak.Dinukilkan dari sebagian salaf ucapan mereka yang bermakna: “Siapa yang senang untuk disempurnakan amalan yang dilakukannya maka hendaklah ia membaikkan niatnya. Karena Allah  memberi pahala bagi seorang hamba apabila baik niatnya, sampaipun satu suapan yang dia berikan (akan diberi pahala).”
Ibnul Mubarak  berkata: “Berapa banyak amalan yang sedikit boleh menjadi besar ganjaranya karena niat dan berapa banyak amalan yang besar boleh bernilai kecil ganjaranya  karena niatnya.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, hal. 71)Perlu diketahui, suatu perkara yang sifatnya mubah/harus, pelakunya boleh diberi pahala karena niat yang baik. Seperti orang yang makan dan minum. Jika ia niatkan perbuatan tersebut dalam rangka membantunya untuk taat kepada Allah  dan boleh menegakkan ibadah kepada-Nya, maka orang tersebut akan diberi pahala. Ibnu Qayyim  mengatakan: “Perkara mubah/harus pada diri orang-orang yang khusus dari kalangan muqarrabin (mereka yang selalu berupaya mendekatkan diri kepada Allah ) boleh berubah menjadi ketaatan dan qurubat (perbuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah I) karena niat.” (Madarijus Salikin 1/107)

Imam An-Nawawi t dalam Syarah Shahih Muslim (7/92) ketika menjelaskan hadits:
“Dan pada kemaluan salah seorang dari kalian (menggauli istri) ada sedekah.”
beliau menyatakan: “Dalam hadits ini ada dalil yang menunjukkan bahwasanya perkara-perkara mubah/harus boleh menjadi amalan ketaatan dengan niat yang baik. Jima’ (bersetubuh) dengan istri/suami boleh bernilai ibadah apabila seseorang meniatkan untuk menunaikan hak istri/suami dan bergaul dengan cara yang baik terhadapnya sesuai dengan apa yang Allah perintahkan. Atau ia bertujuan untuk mendapatkan anak yang shalih,  menjaga kehormatan diri atau istrinya, mencegah keduanya dari melihat perkara yang haram, berfikir kepada perkara haram atau berkeinginan melakukan perkara haram serta tujuan-tujuan tidak baik lainnya.”(Syarh Shahih Muslim, 3/44)


Seorang hamba mesti  berupaya memperbaiki/membetulkan/mengikhlaskan niat dan meluruskannya supaya apa yang dia lakukan mambuahkan kebaikan. Dan memperbaiki/membetul/mengikhlaskan niat ini perlu mujahadah (kesungguh-sungguhan dengan mencurahkan segala daya upaya). Kerana susahnya membetulkan niat ini sehingga Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Bagiku, tidak ada suatu perkara yang paling berat untuk aku ubati daripada melurus/membetulkan niatku, kerana niat pada diriku itu boleh berubah-ubah.” (Hilyatul Auliya, 7/5 dan 62)
Dan niat itu mesti ditujukan semata untuk Allah , ikhlas kerana mengharapkan keridhoannya. Ibadah tanpa keikhlasan niat maka tertolak sebagaimana bila ibadah itu tidak menepati ajaran/sunnah Rasulullah . Allah berfirman tentang ikhlas dalam ibadah ini,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء
 yang artinya: “Dan tidaklah mereka diperintah kecuali untuk beribadah kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama bagi-Nya.” (Al-Bayyinah: 5)

 Ibnu Taimiyyah  berkata dalam Majmu‘ Fatawa : “Mengikhlaskan agama untuk Allah adalah pokok ajaran agama ini yang Allah  tidak menerima selainnya. Dengan ajaran agama inilah Allah  mengutus rasul yang pertama sampai rasul yang terakhir, yang kerananya Allah  menurunkan seluruh kitab. Ikhlas dalam agama merupakan perkara yang disepakati . Dan ia merupakan inti dakwah para nabi dan Rasul kepada maknusia.” Yang perlu diingat bahawasanya niat itu tempatnya di hati

Rumusan dari hadits diatas boleh disumpilkan sebagai berikut:
1.Niat itu termasuk bagian dari iman karena niat termasuk amalan hati.
2.Wajib bagi seorang muslim mengetahui hukum suatu amalan sebelum ia melakukan amalan tersebut, apakah amalan itu disyariatkan atau tidak, apakah hukumnya wajib atau sunat.
3.Disyaratkannya niat dalam amalan-amalan ketaatan dan mesti ditakyin (ditentukan)  bila seseorang ingin solat maka dia mesti menentukan dalam niatnya solat yang akan ia kerjakan, apakah solat sunat atau solat wajib, zuhur, atau asar. Bila ingin puasa maka ia mesti menentukan apakah puasanya itu puasa sunat, puasa qadha atau yang lainnya.
4.Amal tergantung dari niat, menyebabkan sah tidaknya, sempurna atau kurangnya, taat atau maksiat.
5. Seseorang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan. Namun perlu diingat, niat yang baik tidaklah merubah perkara mungkar (keburukan) itu menjadi makruf (kebaikan).
6.Wajibnya berhati-hati dari riyak, sum‘ah (beramal karena ingin didengar orang lain), dan tujuan dunia lainnya, karena perkara tersebut merusakkan ibadah kepada Allah
7.Hijrah (berpindah) dari negeri kafir/kejahatan/maksiat ke negeri Islam/kebaikan dan ketaatan memiliki keutamaan yang besar dan merupakan ibadah bila diniatkan karena Allah  dan Rasul-Nya.

Sahabat yang dikasihi sekelian, marilah kita memperbetulkan segala niat kita didalam semua amalan seharian semoga ianya akan mendapat ganjaran dari Allah dan menjadi amal yang soleh.

والله أعلم بالصواب والله تعالى

 أعلىو أعلم 

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sunday, July 1, 2012

Nikmat Disebalik Ujian...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian,Ibnu Taimiah seorang Ulama yang diiktiraf kehebatan ilmunya dan menjadi rujukan ada menulis mengenai ujian/dan cubaan dalam kehidupan seorang hamba Allah  didalam bukunya Majmu' Fatawa. Di antara sempurnanya nikmat Allah pada  hambanya yang beriman ialan dia menguji/menurunkan pada mereka kesulitan/kepayahan  serta kesukaran didalan mengharungi kehidupan didunia ini. Disebabkan ujian ini mereka pun mentauhidkannya. Mereka pun banyak berdoa kepadanya dengan penuh harapan dan keikhlasan. Mereka pun tidak berharap kecuali kepadanya. Di saat sukar dan sulit tersebut, hati mereka pun selalu bergantung padanya, tidak beralih pada selainnya. Akhirnya mereka bertawakkal dan kembali padanya dan merasakan manisnya iman. Mereka pun merasakan begitu nikmatnya iman dan merasa berharganya terlepas dari syirik (karena mereka tidak memohon pada selain Allah). Inilah sebesar-besarnya nikmat atas mereka. Nikmat ini terasa lebih luar biasa dibandingkan dengan nikmat hilangnya sakit, hilangnya rasa takut, hilangnya kekeringan yang menimpa, atau karena datangnya kemudahan atau hilangnya kesulitan dalam kehidupan. Karena nikmat badan dan nikmat dunia lainnya boleh didapati oleh orang kafir yang tidak beriman dan boleh pula didapati oleh orang mukmin. (Majmu’ Al Fatawa, Ibnu Taimiyah, Darul Wafa’, 10/333)


Begitu seronok dan gembiranya kita mendengar kata indah dari Ibnu Taimiyah ini. Akibat derita, akibat musibah, akibat kesulitan, kita pun merasa dekat dengan Allah dan ingin kembali padanya. Jadi tidak selamanya derita adalah derita. Derita itu boleh jadi nikmat sebagaimana yang beliau jelaskan. Derita boleh bertambah derita jika seseorang itu mudah mengeluh dan jadikan makhluk sebagai tempat mengeluh derita. Hanya kepada Allah yang semestinya kita berharap kemudahan dan lepas dari berbagai kesulitan/kepayahan.

Nikmat ketika kita kembali kepada Allah dan bertawakkal padanya serta banyak memohon padanya, ini terasa lebih nikmat dari hilangnya derita dunia yang ada. Karena kembali pada Allah dan tawakkal padanya hanyalah nikmat yang dimiliki insan yang beriman dan tidak didapati/diperolehi oleh orang yang kafir/tidak beriman. Sedangkan nikmat hilangnya sakit dan derita lainnya, itu boleh kita dapati pada orang kafir/tidak beriman dan orang beriman.

Ingatlah baik-baik nasehat indah ini. Semoga kita bisa terus bersabar dan bersabar. Sabar itu tidak ada batasnya. Karena Allah  janjikan,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar, ganjaran bagi mereka adalah tanpa hisab (tak terhingga).” (QS. Az Zumar: 10). Al Auza’i mengatakan bahwa  ganjarannya tidak boleh ditakar dan ditimbang. Ibnu Juraij mengatakan bahwa pahala bagi orang yang bersabar tidak boleh dihitung sama sekali, akan tetapi ia akan diberi tambahan dari itu. Maksudnya, pahala mereka tak terhingga. Sedangkan As Sudi mengatakan bahwa balasan bagi orang yang bersabar adalah surga.

Saudara yang dirahmati Allah semoga apa juga musibah (cubaan /ujian) dalam kehidupan ini akan menambah dekatnya  kita pada Allah. 

Sebuah Hadis Rasullullah yang boleh menjadi pendorong kepada kita untuk sama-sama kembali kepada Allah didalam semua keadaan samaada susah atau senang.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً, فَقَالَ: يَا غُلاَمُ, إِنّي أُعَلّمُكَ كِلمَاتٍ: إِحْفَظِ الله يَحْفَظْكَ, إِحْفَظِ الله تجِدْهُ تجَاهَكَ, إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله, وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بالله, وَاعْلَمْ أَنّ الأُمّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله لَكَ, ولو اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرّوكَ إِلاّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ, رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفّتِ الصّحُف». قال: هَذَا حَديثٌ حسنٌ صحيحٌ
Dari Ibn ‘Abbas ., dia berkata, “Suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW., lalu beliau bersabda, ‘Wahai Ghulam, sesungguhnya ku ingin mengajarkanmu beberapa kalimat (nasehat-nasehat), ‘Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu, jagalah Allah, pasti kamu mendapatinya di hadapanmu, bila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan bila kamu minta tolong, maka minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahwa jikalau ada seluruh umat berkumpul untuk memberikan suatu manfa’at bagimu, maka mereka tidak akan dapat memberikannya kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu, dan jikalau mereka berkumpul untuk merugikanmu (membahayakanmu) dengan sesuatu, maka mereka tidak akan boleh melakukan itu kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena (pencatat) telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (HR. at-Turmudzy, dia berkata, ‘Hadits Hasan Shahih’. Hadits ini juga diriwayatkan Imam Ahmad) 


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)